guest book

Free Hit Counters

Friday, December 31, 2010

Secebis peristiwa 2010

Wawan sepupu kesayangan aku meninggal dunia 16 Mac 2010.
Bagi tamparan hebat pada aku. Tiap hari aku teringatkan arwah.
Sampai sekarang masih susah nak percaya arwah dah takde.

Dari wawan lahir, aku memang rapat dengan dia.
Suap makan, sampai besar pun aku suap. Pernah satu time masa
bulan puasa masa tu aku darjah lagi lah, sebab tak tahan suap wawan
makan KFC waktu pagi, aku pun Ngappp sekali KFC tu. Haha

Memori betul. Wawan selalu anta msg kat aku.
"Hai kak debab buat ape tu?"

Rindunya wawan. Kak ikah sayang wawan. Rehatlah puas2 kat sana.
Tahun 2010 jugak bagi peluang aku untuk menjejak kaki ke rumah ALLAH,ke bumiMadinah dan Makkah.Thanks untuk mak dan ayah sebab bawak aku dan adik beradik ke sana.
Pengalaman yang best tak boleh digambarkan dengan kata kata. Aku rasa taknak balik je
Malaysia. Feel nya memang lain once dah sampai sana. Dapat tengok kaabah secara live,
syahdu; dapat berdoa depan Kaabah, lagi syahdu. Ya Allah, mudahkan lah jihad ku untuk
sampai ke rumah mu lagi, Amin~
Berkat usaha jaya masa STPM, result STPM aku ok lah.
Bagi orang lain maybe tak la hebat mana result aku, tapi bagi aku,aku syukur sangat
sebab berbekalkan halangan dan cubaan aku hadapi masa nak exam aritu,
berbaloi lah. Aku tak menyesal pun diberi ujian oleh ALLAH saat aku nak exam,
tapi at least ALLAH gandakan kesengsaraan aku dengan result yang ok tu.
Alhamdulillah. Thanks kawan2 baik aku yg sama2 belajar, tak putus2 bagi support.
Bila dah dapat result ok ok macam tu, nikmat ALLAH yang seterusnya pulak datang
dalam hidup aku. Aku lepas 'azab' untuk layakkan aku dapat sambung Degree aku
dalam kos yang aku nak. Bac. Edu .Tesl. Aku sebenarnya lebih kepada minat nak jadi
lawyer, tapi mak dan ayah sarankan aku amik TESL. lama lama aku pun minat jugak.
Masuk lah UPM Kampus Hijau. Jumpa rakan rakan baru. Timba pengalaman baru.

Antara azam tahun 2010 dulu nak kenal lebih ramai orang kat dunia ni dan
join seberapa banyak aktiviti sebab nak uji kemampuan aku buat sesuatu.
So, aku rasa aku dapat capai azam aku tu. Jadi ketua aras di kolej berjaya buktikan aku mampu.
Berjaya menang dalam pertandingan kemerdekaan. Walaupun dalam masa satu malam sahaja,
kami mampu hasilkan persembahan yang baik.Alhamdulillah.

Aku join netball kolej, walaupun tak menang,tapi aku rasa aku dah buat sehabis baik.
berjaya selected as one of the players pun dah cukup bangga kan aku.
Sebab ramai lagi students yang datang nak audition nak jadi player.
Haha. Alhamdulillah.

Sebagai penutup 2010, azam dan harapan 2010 aku satu lagi dah
tercapai. Dulu masa tahun 2009 masa abang aku sakit, aku selalu berdoa
untuk satukan family aku balik dan amik gambar family vacation, dan akhirnya
tercapai. Aku doa supaya kami dapat sama sama pergi vacation tanpa sorang pun
tercicir. Alhamdulillah Allah kabulkan doa dan permintaan aku yang hina ini.
Alhamdulillah Ya ALLAH.


tahun 2010 dah berakhir. 2011 pulak datang menjelma.
Orang lain ada azam dan harapan baru, aku pun ada.
Tapi banyak sangat. Yang aku boleh kongsikan sekarang ni,

Aku just berharap family, kawan kawan,akan sentiasa gembira,
tabah hadapi dugaan mendatang,

Azam aku pulak aku nak jadi seorang hamba ALLAH yang lebih bertakwa,
lebih patuh suruhan agama, istiqamah dalam beribadah,aku nak jadi seorang anak, pelajar,
kawan, mungkin jugak seorang isteri *ecececeh yang terbaik.Haha

Untuk kawan kawan semua, Selamat Tahun Baru 2011.
The past has gone, The Best is always yet to come.

Salam Tahun Baru.
;)

5 comments:

Myra :) said...

post ni best gilaaa. ni nak ala2 tiru ni. boleh kann ? :D

Nurana said...

alhamdulillah...:)..slmat tahun baru tnoe!yg dah berlalu tuh biarkan ia mnjadi kenngn pahit dan manis dlm diri k..:)

tnoe said...

myra : boleh aje! sila! haha
tqah : betul. betul.

CIK FAFAZ said...

kak tnoe, eppy new year!
(:

tnoe said...

faz; happy new year!!
♥ you bestfriend!
(: