guest book

Free Hit Counters

Sunday, November 14, 2010

Kesal

aku sedih sekarang. Sedih yang amat. entah mengapa tiba tiba jadi sedih. Sedih. *eh bape banyak kali nak cakap sedih?? -.-.
Aku tengok video di FB kawan kawan saya re post pasal sekumpulan remaja beraksi ala ala mereka tinggal di Amerika atau negara negara Eropah lain tanpa segan silu berkelakuan tidak senonoh. Ok la mungkin kalian dah tengok. SO tak perlu aku perincikan lagi apa aksi aksi mereka itu. Cukup memualkan. AKu tahu korg mungkin rasa diri anda hot sebab dapat beraksi begitu tapi tolonglah jangan menjatuhkan maruah bangsa kita sendiri. Cukup2 lah dengan pelbagai imej buruk yang kita bina pada mata bangsa lain. Bila orang bangsa lain kritik kita, kita mudah melatah. Marah , Emosi sana sini , tapi pernah tak kita tengok sendiri pada diri kita ?
Sebenarnya kita lah yang menghina diri kita sendiri. Kita yang beri peluang orang lain untuk memperlekehkan kita. Kalau kita sendiri yang letak nilai yang rendah atas kita sendiri, siapa yang nak naikkan nilai tu? Tak ada ! Tak Ada ! jangan harap lah. Sejak dua menjak ni aku banyak kaji pasal dunia akhir zaman melalui youtube. Memang internet ni tak boleh dipercayai 100% tapi ianya masih boleh diguna pakai jika kita berbalik kpd AL QUran sebagai panduan dalam mentafsir apa yang kita tengok. Memang agenda Yahudi nak hancurkan Islam hampir ke kemuncaknya. Buktinya kita boleh lihat sendiri. Pelbagai jenis hiburan yang melekakan dicipta mereka utk menyesatkan umat Islam. Boleh tengok macamane unsur seks dimasukkan dalam setiap elemen kehidupan kita. Buktinya, korang pernah tak tengok cerita melayu, semua unsur musti ada unsur pompuan tu kena rogol,pastu pompuan tu hilang dara, ape la.Benda benda itu dah jadi macam penambah perisa untuk drama drama atau filem skrg. Motif? Muak lah nak tgk benda2 ni. Kalau tgk cerita luar negara pulak, of course la lagi dasyat. Cerita pasal unsur kepolisan ,ttibe adegan berTuttt bukan main lagi banyak. Sudah lah bosan aku dengan benda benda ni. Hiburan melampau dan tak bermotif semuanya.

No comments: