guest book

Free Hit Counters

Saturday, November 13, 2010

Jangan jadi macam saya

Seronok nya kawan-kawan course lain sudah settle exam. Tinggal lah aku & teslians yang lain yang masih terhegeh hegeh nak habis kan final.haha. takpa hero memang selalu kalah dulu. *motif apekah statement ni? hoho. Macam biasa lagi 4 hari ada untuk setadi falsafah dan juga Trends. Oh yeeah saya suka. Tapi saya tak boleh la studi di rumah. Banyak halangan dalam mencapai kejayaan sebab bila sahaaja mahu mula belajar, tiba tiba rasa lapar pastu haruslah pergi ke dapur cari stok makanan, lepas tu ok boleh study dah. tiba tiba nampak katil bersepah dengan segala pakaian atas katil , mulalah berfikir, eh kena kemas katil dulu. Kebersihan sebahagian daripada iman katanya. Ok teruslah kemas vacum segala. ok rasenya dah boleh stat setadi. bukak nota sekarang. Ehh wademinit!! Baju kotor tak cuci lagi. oh perlu hantar baju ke kedai dobi di bawah. *konon padahal mesin basuh kat dapur yang dimaksudkan. Haha. Lepas tu cuci baju nampak mak masak lauk pulak.
" Sakura, tlong mak didapur."

Haha
lepas tu , tolong2 mak, lepas tu ok la mak, saaya nk studi ni.berlari lah masuk bilik.
masuk bilik tgk laptop macam memanggil2 suruh bukak. Maka syaiton gemok pun suka ria lah godaan beliau terhadap aku berjaya. Ehh tengok jam kat laptop HAAAAAAA?
dah pukul 6 petang?!!!!!!! aku tak studi ape ape pun lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

dan begitulah berakhirnya hari saya yang sia sia.

-.-

1 comment:

Farah Diyana said...

setuju!!!
tak bole woh stdy kt rumah
banyak dugaan,hehe!