guest book

Free Hit Counters

Wednesday, May 4, 2011

Saya Lepasan STPM.

Disebabkan aku banyak masa terluang,saya akan kembali aktif di ruangan ini.

Muahahaha *gelak syaiton.Isu yang akan saya gebangkan pada hari ini ialah tentang isupersepsi.kita tidak seharusnya mempunyai persepsi negatif terhadap sesuatu @ seseorang.Kisahnya bermula 2 tahun lalu ketika saya mula2 menjadi seorang pelajartingkatan enam. Yela result SPM yang ado je. Tu la malas belajar lagi & sibuk memikirkan hal lain yang tidak bermotif lagi melalaikan. Ok tipu je mmg pemalas belajar.Lepas tu saya dah kecewa tahap tangkap syahdu kaw kaw punya,saya pun berazam untuk ambil STPM.jadi budak sekolah balik. Tapi macam-macam masyarakat mengata saya masa tu.Bukan mengata ape tapi macam banyak persepsi negatif bila saya ambil STPM.

Antara ayat yang biasa saya dengar adalah;


" eh kenapa amik f6? Jamin ke masa depan?"


"Kenapa amik f6? kenapa tak amik diploma ke?"


" La kau budak sekolah lagi? hahaha"


" STPM bukan susah ke? Konfiden ke?


Mula mula tu down gila jugak la.Rasa taknak sambung je f6 & terima tawaran diploma KPTM-UITM tu.Saya kuatkan hati. Saya yakinkan diri sendiri kejap je f6 ni buat terbaik masuk U sambung degree. Alhamdulillah berkat dorongan kawan2& cikgu akhirnya berjaya juga dengan STPM.STPM bukan sesusah mana yang masyarakat sangka kan.Maybe sebab aku aliran sastera boleh la ckp kan. Yang sains mmg mencabar katanya.But the point here is, kita tak boleh nak judge sama ada satu benda tu just based on our assumption. Kaji & selidik dulu tentang sesuatu baru bukak mulut bersuara.Sebab kalau kita takde ilmu & maklumat yang cukup mungkin kita akan cakap benda yang salah. Semuanya persepsi. STPM tu susah, STPM tu macam budak2 la pakai baju sekolah, STPM itu , STPM ini. Tak kira lah kita dari cabang apa sekalipun tapi fokus kita tetap sama;NAK MASUK UNIVERSITI.


Tak perlu lah memandang rendah antara satu sama lain.Kita semua sama. Nanti masuk Uni jadi pelajar jugak.Dah banyak kes aku dengar budak2 STPM rasa down sebaborang keliling pandang rendah pada mereka.Pesanan aku untuk adik2 STPM;tabahkanlah hati.Kita tak mampu nak tutup mulut orang dari bersuara.Cekal je la. Berusaha la sebaik mungkin.
Anda boleh.Sape kata STPM susah? Dengar cakap cikgu, buat keje,study kaw kaw komfem dapat punya.


=.=


Ok bai

2 comments:

RieNa said...

acik nak suruh anak sedara acik (sepupu pepod) baca entry ini bleh?sbb dia dlm dilema nak amik diploma uitm @ form 6.

tnoe said...

Boleh acik.
bagila. saya memang dalam usaha nak memotivasikan pelajar supaya jangan pandang rendah pada STPM.

Nanti saya akan update lagi
isu pasal STPM.

Harap dpat tolong mereka yang keliru.

:D