guest book

Free Hit Counters

Sunday, May 8, 2011

STPM Tips 1

Aku dah janji dengan Acik Riena nak post pasal STPM.Sebagai rujukan dan panduan pelajar2 yang akan masuk F6, mereka yang masih keliru dengan keputusan nak masuk diploma ke STPM ke ape ke. Sebelum aku membebel panjang, eloklah kita buat pengumuman penting dulu. Segala yang aku cakap dan beritahu ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri & bukan berniat nak burukan mana-mana pihak & sama sekali bukan nak memancing korang masuk F6. Ini hanyalah coretan pengalaman aku semasa menjadi pelajar STPM. Ogey? Dah clear? Bagus! Tepuk tangan utk diri sendiri. Haha


STPM sebenarnya tak sesusah yang digembar gempurkan oleh masyarakat. Pada dasarnya memang la nampak susah sebab kau kena digest 4 buku utk satu subjek( sejarah) sebagai contohnya. Tapi dengan teknik & cara belajar yang betul, kita mampu untuk berjaya dengan gemilang dan cemerlang nya. Result aku tak gempak pun cukup la makan tapi bila aku dah habis STPM, baru aku sedar kalau aku put more effort dulu & ubah cara belajar sikit dalam certain subjek musti aku dah lebih berjaya sekarang. Jadi aku taknak adik-adik F6 ulang kesalahan aku dulu & oleh itu aku di sini membebel tentang apa yang perlu dibuat & apa yang tak payah buat selama menjadi pelajar f6.


Untuk jadi pelajar F6 apa yang paling penting adalah jati diri. Dalam semua benda pun jati diri tu penting. Sebab time ni la kau akan berhadapan dgn manusia2 yang taknak belajar tapi jadikan F6 tu sebagai benda main-main. Kau harus kuat. Time ni la member nak ajak ponteng kelas, kelas bosan, subjek bosan, STPM lambat lagi, aku studi sendiri pun boleh hebat. Semua ni kau akan hadapi. Jati diri kena kuat. Tetapkan fokus. Bila jati diri dah kuat datanglah semua dugaan, dengan sekali tiup je, tumbang semuanya dugaan itu. hehe


Seterusnya, kena kuat hadapi persepsi masyarakat. Biasalah masyarakat suka compare & contrast antara manusia. Contoh;

"anak kau studi mana?" -kata mak senah

"Anak aku f6." -ujar mak cik eton.

"F6 je? "-tambah mak senah.

hal ni biasa. Aku tak tau mana diorang dapat idea bahawasanya F6 ni sesuatu yang 'low standard'. Grr. Oleh tu kena la kuat memekak kan telinga ogey?


Next, kena tau cara belajar yang sesuai dengan korang. Mungkin kau jenis yang dengar baru boleh masuk, ada yang kena tulis baru boleh masuk.So kenalpasti cara belajar korang yang efisien. Dah tu baru boleh stat susun strategi nak belajar pula. Serius aku cakap bagi subjek-subjek dalam F6 (aliran sastera), kalau kau study komfem dapat jawab. Lagipun kau just perlu concentrate certain subtopik je tak semua kau kena digest kaw-kaw. Contoh; dulu aku amik paper pengajian perniagaan, dalam tu ada banyak tajuk. Yang wajib keluar ialah tajuk 2 bagi PPkertas 2 , dan tajuk 3 bagi PP ketas 1. Yang lain kau pilih la tajuk mana kau rasa kau senang nak masuk bila baca. Tak silap aku lagi 3 tajuk kot. Dah pilih tajuk kau baca & fahamkan la sampai muntah & pitam. Bila exam curah balik je atas ketas jawapan. Senang kan? Ni la cara aku buat dulu. Masa cikgu ajar dengar. Susun strategi. Sekarang bukan soal banyak mana kau baca, sekarang macam mana kau tackle soalan yang akan keluar tu yang penting. So strategi tu penting. Bukan kena concentrate semua pun.


Lepas tu subjek lain pun kau dah memang akan ada guide soalan macam mana yang akan keluar. Bukan makna soalan bocor, kiranya jenis soalan macam mana akan keluar. So kalau kau concentrate 100% masa cikgu ajar & pandai susun strategi nak jawab komfem cemerlang lah. Depends kat kita bukan kat cikgu. Memang la STPM 2 tahun. Nampak macam lama tapi kejap je pejam celik pejam celik dah settle & masuk degree. Nanti masuk U sambung dgree pun beza 1 tahun je dgn member sebaya kau yang masuk U ikut Matrik. Tak jauh beza pun.


Setakat ni dulu part 1.

kang aku sambung lagi.



No comments: