guest book

Free Hit Counters

Sunday, May 8, 2011

Hargai yang patut dihargai

Assalamualaikum people.

Sekarang ni aku memang penat tahap ekstrem tapi aku still tak boleh tidur sebab nak juga post kat sini. Haha. Petang tadi (7/5) last final exam untuk sem ini. Grrr susah bukan kepalang soalannya. Tapi chill lah. buat dah buat dah nak menangis air mata darah sekali pun tak berguna. So move on. Balik rumah ada jamuan makan family. Best betul makan sampai lebam. Semua hidangan disediakan oleh chef a.k.a super dad ; Ayah ku. Hehe. Papa aku memang gagah la menyediakan semua hidangan itu. Steamboat & yong tau fu *eh betul ke eja ni. Ok suka hati la ni bukan kelas bahasa pun.


Bila ramai-ramai macam tadi baru terfikir nikmat kebahagian keluarga tu benda yang tak boleh ditukar ganti dengan nilai apa pun. Ok aku mengaku hati aku ni memang senipis kulit bawang sebab walaupun benda kecil aku boleh menangis sebab terharu, gembira, atau sedih. Jadi bila mengenang kan kisah lama, teringat macam mana menderita nya waktu tu, menderita bukan dari sudut fizikal tapi derita emosi. Bila semua nya dah pulih, aku rasa mcam tak sangka semua nya dah berakhir. Mungkin siapa yang tak rapat dengan aku tertanya tanya apa benda perempuan ni mencarut pasal masa lalu dia? aku tak payah la eloborate panjang2 apa yang penting pointnya beberapa tahun lepas aku penah mengalami fasa di mana keluarga aku diuji dengan musibah. Get it? ok kau tak faham jugak memang tak dapat tolong lah. ahahhaha


Bila terjadi musibah jangan lepas mengharap dengan Allah. Walaupun semua manusia tinggalkan kita, bila kita ada masalah, tapi ALLAH tak pernah tinggal kita. Luah lah pada NYA. kalau kau cakap BF kau sayang gila kat kau, tapi bila kau emosi ada masalah, di timpa musibah, nak ke dia tolong kau & dengar luahan hati masalah kau selalu? Admit la setakat mana sangat manusia nak dengar masalah kita? last2 nanti mesti ada 1% rasa bosan dengar benda sama.


Ok aku rasa dah terlebih emosi ni. Kesimpulannya,

Hargailah apa yang kita ada selama ni. Semua nikmat yang kita kecapi sekarang akan hanya dapat dirasa utk dihargai bila dah hilang. Bila benda tu dah hilang takde guna menangis sampai buta sekalipun takkan dapat balik.


No comments: