guest book

Free Hit Counters

Saturday, August 4, 2012

Sakit itu medium penghapus dosa

Motif bangun pagi-pagi terus ada dorongan motivasi nak mem blog?
Sebab nya aku dah tido lama gila tahap beruang kutub. Nak basuh baju pagi2 ni
serem pulak sebab washing area umah aku takde lampu. ngahaahaha
Sejak dua menjak ni antibodi makin rapuh boleh kata tiap minggu
akan jatuh sakit. Dari sakit gigi, sakit kaki, demam dan batuk.
kau nak sakit ape lagi? hahahaha mungkin sbb sekarang kurang gemar minum susu.
selalunya akan minum susu sebab itu jela sumber calcium aku. tapi sekarang malas.
Lepas tu cuaca kejap hujan kejap panas jadi aku selaku bayi amat lah senang untuk jatuh sakit.

Percaya atau tidak sudah 4 hari tak makan dengan secara normal.
hanya bisa masuk air kosong dan kurma saja ketika bsahur atau bbuka.
Dah nak wak guano makan je tubik balik. Kan membazir tu. letih mak masak sodap2.
Erm adakah petanda awal nak kurus? HAHAHA ok ini serius. Pelik makanan2 seakan2 memanggil2

"atokah, makan la aku"

tapi aku tidak bernafsu utk makan. sob sob
Ya bagi manusia pemakan tegar memang satu keajaiban *sound effect tepuk tangan. HAHA

Kawan-kawan rakan taulan, mak cik temah joyah pakcik seman doakan la saya kembali pulih ye fizikal dan dalaman ye. sebab bila lemah gelamai ni macam2 la boleh jadi. Ape kes tiba2 rasa nak marah orang dan melempang mereka bertalu2 tanpa sebab? oh mungkin juga sbb kebelakangan ini pemalas baca AL Quran secara konsisten. *lempang diri sendiri.

Ok nak tido balik lepas tu nak pegi check kat doktor utk tindakan susulan sbb dari aritu sakit gue ni tak kurang pun. ok ada la 5% hilang.

Nak sihat. Nak berlari ke sana ke mari. Nak membesar (eh tak cukup besar ke?) dengan lebih ceria. Nak buat itu dan ini.

1 comment:

travelogmswiki said...

Maybe you need to help your mom cook. I cook to motivate me to eat. Really. =)