guest book

Free Hit Counters

Thursday, January 31, 2013

Sabah Trip 2013

Sekarang ni memang takde masa sangat aku nak update blog. Ramai peminat2 aku ( ada ke?) ahahaah sibuk bertanya soalan berikut :

"kenapa dah tak update blog? "
"busy sangat eh"

Adik2 sekalian,akak sebenarnya malas nak menaip. Dah tua2 ni nafsu nak menaip blog tak sehebat time mula2 buat blog di mana kalau ada event comel sikit seperti kucing comel bergaduh dpn rumah pun nak update d blog.hahaha.

OK la sebelum aku merepek dengan lebih jaya mari ke main topik.
So selepas exam final habis pada 11 Jan 2013,makanya terus lah packing barang2 nak ke Sabah! Wehoo Trip MTM ( Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej) dengan Pelajar HRD KMR.
Kami ke Semporna. Tempat asal Aziz Shomel. HAHAH.

Banyak gila pengalaman best. Aku nak taip memang jadi Tesis Pelajar Tahun Akhir la kan tebalnya. So aku summarize jela semua pengalaman best tu okay? Pemandangan ya ALLAH cantik sangat. Semua tempat cantik. ( ke aku yang pandai amik gambar sbb tu cantik? HAHAHA) ok gurau2.,
Tada! 




lepas tu makanan pun sedap. Makan ikan memang best la. Ayam pun ada. Tapi aku lebih prefer ikang boh. Kalau kat semenanjung ikang mahal. hahaha. Sini makan la all you can eat. hihih. Thanks to keluarga angkat ayah dan umi yang layan selera makan kami yang macam tiada hari esok. HEHEHE





Masyarakat Sabah pulak memang friendly uols. Senyum sokmo. Layan kami dengan baik. Terharu. Walaupun kejap je buat aktiviti dengan adik2 kat SMK DPA tapi macam dah lama kenal. Rindu sekarang.
:(




Yang paling penting, bila buat apa2 dengan orang yang best, semua pun jadi best. So thanks to MTM's family and kawan2 baru from Bac.HRD. I had so much fun. Kita snorkelling, berenang2 ke muara di Mabul Island, Tampi2, semua tu sangat best. I have learned so much of new things through out this trip. Thank you so much for making this trip one of the most memorable event in my whole entire life!
Next kita g Sarawak pulak ye! hehehe












No comments: