guest book

Free Hit Counters
Showing posts with label KMR. Show all posts
Showing posts with label KMR. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

Sabah Trip 2013

Sekarang ni memang takde masa sangat aku nak update blog. Ramai peminat2 aku ( ada ke?) ahahaah sibuk bertanya soalan berikut :

"kenapa dah tak update blog? "
"busy sangat eh"

Adik2 sekalian,akak sebenarnya malas nak menaip. Dah tua2 ni nafsu nak menaip blog tak sehebat time mula2 buat blog di mana kalau ada event comel sikit seperti kucing comel bergaduh dpn rumah pun nak update d blog.hahaha.

OK la sebelum aku merepek dengan lebih jaya mari ke main topik.
So selepas exam final habis pada 11 Jan 2013,makanya terus lah packing barang2 nak ke Sabah! Wehoo Trip MTM ( Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej) dengan Pelajar HRD KMR.
Kami ke Semporna. Tempat asal Aziz Shomel. HAHAH.

Banyak gila pengalaman best. Aku nak taip memang jadi Tesis Pelajar Tahun Akhir la kan tebalnya. So aku summarize jela semua pengalaman best tu okay? Pemandangan ya ALLAH cantik sangat. Semua tempat cantik. ( ke aku yang pandai amik gambar sbb tu cantik? HAHAHA) ok gurau2.,
Tada! 




lepas tu makanan pun sedap. Makan ikan memang best la. Ayam pun ada. Tapi aku lebih prefer ikang boh. Kalau kat semenanjung ikang mahal. hahaha. Sini makan la all you can eat. hihih. Thanks to keluarga angkat ayah dan umi yang layan selera makan kami yang macam tiada hari esok. HEHEHE





Masyarakat Sabah pulak memang friendly uols. Senyum sokmo. Layan kami dengan baik. Terharu. Walaupun kejap je buat aktiviti dengan adik2 kat SMK DPA tapi macam dah lama kenal. Rindu sekarang.
:(




Yang paling penting, bila buat apa2 dengan orang yang best, semua pun jadi best. So thanks to MTM's family and kawan2 baru from Bac.HRD. I had so much fun. Kita snorkelling, berenang2 ke muara di Mabul Island, Tampi2, semua tu sangat best. I have learned so much of new things through out this trip. Thank you so much for making this trip one of the most memorable event in my whole entire life!
Next kita g Sarawak pulak ye! hehehe












Monday, October 22, 2012

Awesome people

:)

Wednesday, September 26, 2012

Happy !


The amazing feeling ever.

Wednesday, June 15, 2011

Tiba tiba rindu pula. Sob sob Sob *blow hingus. hahaha






Syahdu pula. Sem depan takde dah la bilik sebesau ini lagi. Rindu bilik di KMR dan juga roomate yg baik iaitu bakal adik ipar wanie : Assilah. hehe.
Aku tahu ramai orang sering mengajukan soalan ini kepada aku :

" eh kau apesal dok hostel, kan rumah sekentut dua je dari UPM itu. Kalau aku jadi kau aku dah dok rumah je. Buat ape dok hostel. " ujar A bukan nama penuh.

" la rumah kau dekat je duduk la rumah.lagi best. " kata Senah bukan nama glamor.

Mari sini aku jawab;

SUKA HATI AKU LA NAK DUDUK HOSTEL KE DUDUK RUMAH KE MASALAHNYA AKU MINTAK KORANG BAYAR KAN KE YURAN HOSTEL AKU! kata aku sambil mengaum marah2.hahahahaha

ok keji jawapan seperti itu. duduk hostel dapat fokus lebih kot nak study. berbanding di rumah, kau ada banyak benda distract kau. contohnya kau nak study tiba-tiba kau rasa kain kat dalam mesin basuh tak sidai lagi. kau pun harus lah sebagai anak yang baik lagi comel dan tidak lupa sopan santun pergi sidai dulu baju-baju tu. Lepas dah sidai baju, kau pun rasa eh banyaknya pinggan mangkuk dok sebek (bahasa kelantang ye ni) dalam sink, basuh dulu. lepas tu aduh penat pula. tengok TV kejap. last2 tidur. nampak tak? semua itu distraction.

tu belum lagi godaan TV & segala mak nenek di rumah ni. haha. lalu aku rasa baik aku dok hostel. Lagipun dapat la bermesra alam berkenalan dgn manusia segala pelusuk donia. kalau kau dok rumah, balik2 kau tengok muka adik beradik kau je. haha keji. bukan bosan tgk muka diorang tapi kau faham tak maksud aku? maksudnya time belajar ni la kau belajar benda2 baru join masuk program itu ini. geddit? geddit? gedik?hahaha.

Jadi dengan ini saya tnoebukanamabetul berikrar untuk tidak lagi membawa kereta ke kolej pada semester hadapan, tidak akan menggedik asyik2 nak pulang ke rumah,hanya pulang bila perlu contohnya rindu mama & papa dan adik beradik,stok makanan habis, tak sempat basuh baju sebab busy sangat & ada event2 penting sahaja. Saya akan berada di kolej untuk menyertai aktiviti2 berfaedah(aktiviti tak bermotif mintak maaf la gua chow dulu) & mengembangkan lagi bakat saya (nak jadi pelakon boleh?)hahaha.

Rindu nya nak main baling2 piring(apetahnamagametu) bersaama teng & swee sambil2 gossip hangat luah perasaan menangis2 kat court basketball KMR! haha.
Rindunya nak makan nasi ayam kunyit sama2 petang2.

aaaaaaaaaaaaaaa rinduu nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ok sekian terima kasih.